Kuasai KKP & Alam Sekitar: 4 Langkah Elak Kemalangan

Berita tentang kemalangan di tempat kerja sering didengari, ditonton dan dibaca. Malah ada juga kemalangan yang kita alaminya sendiri. Apa yang peliknya, ada juga kemalangan yang berulang seperti kita ini tidak belajar apatah lagi mengambilnya sebagai pengajaran.

Disebabkan terlalu kerap mendengar tentang kemalangan, kadangkala kita merasakan kemalangan itu adalah perkara biasa, iaitu sesuatu yang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan dalam dunia pekerjaan.

  • Soalnya sekarang bagaimana kita nak memahami tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan alam sekitar?
  • Adakah kerana kita kurang akan ilmu berkaitan keselamatan dan kesihatan?
  • Adakah ianya terlalu sukar sehinggakan sebahagian daripada kita menganggap kemalangan itu sebagai lumrah yang tidak dapat dielak?

Ikuti 4 panduan ini!

  • Anda perlu mempunyai Dasar KKPA syarikat. Ianya bukan sekadar catatan tetapi wajib disebarkan kepada pengurusan teratas anda, pasukan/jawatankuasa anda dan yang paling penting ke seluruh pelusuk organisasi, cawangan, tapak kerja, stor/logistik dan lain-lain.
  • Adalah menjadi satu amalan yang baik untuk sering menguji mesin, jentera dan peralatan yang ada di tempat kerja anda.
  • Anda perlu memastikan semua kakitangan tahu bagaimana untuk bekerja dengan selamat, menggunakan mesin/jentera/peralatan dengan.
  • Anda mestilah ada sistem pengurusan risiko terhadap aktiviti perniagaan anda supaya anda memahami apakah risiko yang berpotensi meninggalkan impak terhadap kakitangan/ pekerja anda. Anda juga perlu memastikan semua risiko diuruskan dengan baik.

Pengajaran

Apa yang telah dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan.

Ini dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.

Cuma disini saya ringkaskan untuk anda mudah mengetahui empat tonggak utama ini. Dan jika anda memahaminya, maka anda telah memasuki “PUSINGAN PERTAMA” KKPA.



Share your love