Sebelum Bermula
- Adakah penyelenggaraan itu perlu?
- Bolehkah ianya dilakukan tanpa risiko yang minima?
- Kenapa tidak jemput pembekal untuk melakukan penyelenggaraan?
- Rancang kerja anda untuk meminimakan risiko.

Zon Kerja Selamat
- Tempat kerja bebas dari risiko.
- Akses yang selamat.
- Pastikan keselamatan diri anda, rakan sekerja penyelenggaraan anda dan lain-lain yang terlibat seperti pembekal/sab-kontraktor.
- Pastikan ada papan tanda, pengadang dan rancangkan kedudukan pekerja di mana mereka sepatutnya bekerja sahaja dan bukannya tempat lain. Ini penting untuk mengawal risiko.
Keselamatan Jentera
- Pastikan jentera, mesin dan peralatan adalah dalam keadaan selamat sebelum kerja-kerja penyelenggaraan.
- Pastikan tenaga elektrik tidak mengalir – periksa suis palam ditutup.
- Kunci mesin terlebih dahulu.
- Tutup sebarang injap.
- Komponen yang masih panas perlu disejukkan terlebih dahulu.
- Pastikan penyelenggaraan tidak dilakukan semasa ribut petir.
- Berhati-hati dalam membersihkan vessel, tanki atau paip yang mengandungi lebihan yang mudah terbakar seperti pepejal, cairan, minyak dan gas.
- Pastikan tiada sebarang aliran dalam paip yang mengalirkan bahan kimia, gas dan lain-lain bahan merbahaya.
Prosedur Operasi
- Jika anda tidak pasti, rujuk kepada manual, prosedur, arahan kerja, piawaian atau arahan pengeluar sebelum atau semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
- Jika perlu dapatkan kebenaran untuk bekerja (permit to work).
Peralatan Perlindungan Diri (PPE)
- PPE yang sesuai seperti pakaian dan peralatan perlu dipakai.
Peralatan Menggunakan Tangan
- Pastikan anda mempunyai cukup peralatan yang cukup dan juga diselenggarakan contohnya sepanar, tukul, pemutar skru, pahat, gerudi, hacker, vibrator dan lain-lain.
Pengajaran
Penyelenggaraan mesin dan jentera bukan sekadar untuk memastikan peralatan terus berfungsi, tetapi juga sangat penting untuk mencegah kemalangan di tempat kerja. Mesin yang tidak diselenggara dengan baik boleh mengalami kegagalan pada komponen seperti guard, sensor, suis, brek, atau sistem kawalan, lalu mewujudkan risiko kepada pekerja.
Dalam masa yang sama, kerja penyelenggaraan itu sendiri juga mempunyai bahaya tersendiri kerana pekerja mungkin terdedah kepada bahagian bergerak, tenaga elektrik, tekanan hidraulik, haba, dan titik jepit. Sebab itu, setiap kerja penyelenggaraan perlu dilakukan dengan kawalan yang betul, termasuk pengasingan tenaga, prosedur kerja selamat, serta penggunaan peralatan perlindungan yang sesuai.
Pengajaran utamanya ialah penyelenggaraan yang baik perlu bersifat terancang, konsisten, dan dilaksanakan oleh orang yang kompeten. Organisasi tidak boleh hanya menunggu mesin rosak baru hendak membaiki, kerana pendekatan itu meningkatkan risiko kegagalan mengejut dan kecederaan serius.
Rekod penyelenggaraan, pemeriksaan berkala, pemasangan semula guard selepas servis, dan pematuhan kepada SOP semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan mesin kekal selamat digunakan. Ringkasnya, penyelenggaraan mesin yang baik bukan sahaja melindungi pekerja daripada hazard, malah membantu mengurangkan downtime, mengawal kos kerosakan, dan memastikan operasi berjalan dengan lebih selamat dan stabil.
