Tentang Saya – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hai, saya Muhammad Amin Bin Rozak. Dah lebih 20 tahun saya berkecimpung dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Sepanjang tempoh ni, saya berpeluang untuk belajar, mengajar, dan berkongsi ilmu dengan ramai orang dalam industri ni.

Saya ada Master dalam Pengurusan Keselamatan Industri dari UKM, dan sekarang saya juga salah seorang pemeriksa untuk peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) kat NIOSH. Kalau ikutkan, tahun 2013 dulu saya dapat peluang jadi sebahagian daripada team yang bangunkan modul latihan untuk NIOSH. Dari situ, bukan je saya dapat menyumbang ilmu, tapi saya pun banyak belajar benda baru.
Blog ni sebenarnya cara kecil saya untuk berbakti semula kepada komuniti. Dekat sini, saya akan kongsi pandangan peribadi, pengalaman, dan macam-macam cerita sepanjang perjalanan saya dalam dunia OSH.
Saya harap apa yang saya tulis ni dapat cetuskan idea, beri sedikit panduan, atau sekadar nak ingatkan rakan-rakan pengamal OSH yang lain. Kita semua sebenarnya dalam landasan yang sama untuk jadikan tempat kerja kita lebih selamat.
Kalau ada sorang pun yang dapat manfaat daripada apa yang saya tulis ni, itu dah cukup bermakna bagi saya.
