Promosi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja

Kerja dengan selamat dan sihat ni tidak semua orang boleh terima sebab boleh jadi ia melibatkan beberapa prosedur yang dianggap remeh-temeh dan melambatkan kerja. Contohnya, sebelum kerja kena apply Permit to Work dulu, kena pastikan ada HIRARC yang terkini, PPE kena cek dulu, dan sebagainya. Susah untuk kita convince para pekerja terutamanya yang sudah bertahun-tahun kerja tanpa Safe Operating Procedure yang betul. Tapi itulah kerja pengamal Safety, kena selalu promosi, didik, dan beri galakkan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga bos-bos besar di atas sana.

Sebagai contoh, sebelum memulakan kerja, anda mungkin perlu memohon Permit Kerja (PTW), memastikan HIRARC (Kenal Pasti Bahaya, Penaksiran Risiko, dan Kawalan Risiko) telah dikemas kini, serta memeriksa semua PPE (Kelengkapan Pelindung Diri) sebelum digunakan.

safety promotion

Mempromosikan tempat kerja yang selamat akan menjadi strategi yang sulit untuk dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai panduan yang betul. Aktiviti ini akan lebih memakan masa untuk dilaksanakan berbanding dengan aspek pengurusan yang lain.

Malahan peringatan demi peringatan perlu diberikan dari awal operasi kerana ia adalah langkah yang terbaik untuk mempromosikan tempat kerja yang selamat.

Pegawai berkenaan perlulah tahu cara yang paling berkesan untuk mengendalikan sikap kakitangan yang tidak bekerjasama disamping meyakinkan pengurusan dengan keuntungan kewangan yang bakal diperolehi dengan membuat pelaburan untuk promosi tempat kerja yang selamat.

Akhirnya, jadikan promosi ini sebagai keutamaan sehingga difahami oleh semua kakitangan akan kepentingannya.

Pengajaran

Kerja pengamal Safety ni memang sukar. Ibarat seorang pendakwah atau pendakyah yang ingin kembangkan ideologinya. Tidak semua orang boleh terima bila terkait komitmen masa dan tenaga. Memang meletihkan dan mengecewakan bila kena reject, tapi ianya suatu amanah yang wajib dijalankan selagi terdaya kerana esok lusa kita sendiri akan diaudit tentang amanah dan tanggungjawab ini

Jangan mudah putus asa. Boleh bertanya pada yang sahabat-sahabat pengamal yang lain. InsyaAllah ada jalannya. Nak tanya saya pon boleh. Wallahua’lam

Share your love