Ramai orang tertutamanya adik-adik yang baru sahaja tamat pengajian dan baru dapat kerja dalam KKP bertanya bagaimana boleh mereka jadi seorang pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang bagus. Soalan yang baik namun rumit untuk saya rungkaikan jawapannya. Namun, inilah usaha saya yang sedikit. Harap dapat jadi panduan kepada sahabat-sahabat di luar sana.

1. Fahami Industri Anda
Langkah awal yang perlu dibuat sebaik sahaja seseorang memegang jawatan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah dia perlu mengenali jenis industri yang dia bekerja. Contohnya senario penjagaan kesihatan, keselamatan pekerjaan dan alam sekitar adalah berbeza antara sektor pengeluaran dan sektor perkhidmatan. Sistem tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya jenis industri yang diceburi tidak diambil kira.
A system will never succeed if it does not align with the nature of the industry.
2. Bina Kemahiran Teknikal dan Pengurusan
Mempunyai pengalaman, kemahiran dan kelayakan asas atau lanjutan samada hal-hal teknikal mahupun pengurusan. Pendekatan teknikal diperlukan untuk aspek kawalan terutamanya semasa operasi manakala aspek pengurusan pula diperlukan untuk perancangan dan pemantauan sebelum dan sesudah operasi.
3. Dapatkan Sokongan Pihak Pengurusan
Mampu meraih sokongan dari semua pihak terutamanya pihak pengurusan teratas untuk membudayakan suasana kerja yang selamat. Tanpa sokongan dari pihak atasan, walau bagaimanapun baik sistem yang ingin diperkenalkan, ianya akan tetap gagal.
4. Selaraskan Program Keselamatan dan Alam Sekitar
Menjadi penyelaras utama kepada jawatankuasa, promosi, kesedaran, program dan pelaksanaan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.
5. Urus Dokumentasi dan Rekod dengan Kemas
Tahu mengenai dokumentasi dan rekod yang diperlukan dan cara-cara aplikasi, simpanan atau pemfailan, kawalan dan semakannya atau pengemaskiniannya.
6. Bercakap Berdasarkan Fakta dan Data
Sentiasa berbicara menggunakan fakta dan data untuk membuktikan sesuatu hujjah mengikut kehendak perundangan, kontrak/spesifikasi pelanggan, piawaian, prosedur standard operasi, penilaian risiko, audit atau pemeriksaan.
7. Sentiasa Bersedia untuk Melatih dan Berkomunikasi
Sentiasa bersedia memberikan penerangan secara spontan atau rasmi dalam bentuk induksi, latihan, bengkel dan seumpamanya. Semua rekod latihan disimpan dan disenggarakan dengan sempurna.
8. Mudah Didekati dan Beretika
Senang didekati oleh semua orang pada bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat penting mengenai keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar. Bebas daripada sifat kecenderungan kepada mana-mana pihak atau individu, beretika, berani, mempunyai kesabaran, sifat kepimpinan, skil pengurusan yang tinggi, pendengar yang baik dan tidak korup.
9. Kekal Tenang Di Bawah Tekanan
Tiada sikap menuding jari atau mengangkat bahu atau menggeleng kepala atau panik apabila ditanya atau diminta pandangan mengenai keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar. Lebih-lebih lagi sikap-sikap ini wajib dielak semasa berlaku insiden dan kemalangan.
10. Cooperate Transparently with Authorities
Sedia bekerjasama dan telus dengan pihak berkuasa dan mereka yang mempunyai kepentingan apabila berlaku sebarang insiden atau kemalangan berlaku. Mengambil tindakan yang pantas, cekap dan berkesan untuk memastikan operasi/proses lain tidak terganggu sepanjang penyiasatan dijalankan.
Pengajaran
Saya percaya setiap safety practioner ingin menjadi seorang pekerja yang terbaik dan komited. Yakinlah bahawa setiap orang pasti mampu lakukannya asalkan dia usaha dengan sungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tempat kerja anda nampak liat nak amal safety, banyakkan bersabar dan sentiasa lakukan refleksi dan buat catatan untuk kegunaan masa depan. InsyaAllah suatu hari nanti anda pasti akan tersenyum sendiri dengan kejayaan hasil titik peluh anda mengubah safety culture di situ.
Last resort , kalau tak jalan juga anda call aje DOSH minta masuk buat ambush, bukan nak recommend tapi jika dah melibatkan nyawa dan kesihatan orang lain apabila semua cara dah tak jalan. Tapi sebelum itu pastikan ‘perisai‘ dan ‘kekuda‘ anda dah dipasak elok. Kalau tidak, sendiri mahu ingat la kesudahannya wahai Labuuu.
Nota
Sila rujuk Bahagian 7 Klausa 29 – 31, AKKP 94
