Bahaya Tergelincir & Tersadung: Keselamatan Pekerja Utama

Permukaan lantai mestilah tidak mempunyai lubang, sekata, tidak basah dan tidak licin disebabkan oleh cairan yang berminyak.

Lantai mestilah bebas dari sebarang halangan (obstruction) atau apa juga bahan yang boleh  menyebabkan pekerja tergelincir, tersandung atau terjatuh.

slip and trip illustration

Faktor “Tergelincir”

Mengikut kajian, jarang sekali insiden tergelincir berlaku di atas permukaan lantai yang bersih dan kering. Melainkan lantai itu terdapat cecair, berdebu, kotor, berminyak dan lain-lain, maka masalah tergelicir akan berlaku.

Sekiranya permukaan lantai itu diperbuat daripada seramik, kepingan kayu varnis atau lantai konkrit yang licin, maka cukuplah dengan adanya sedikit minyak untuk mencetuskan risiko ‘tergelincir’.

Insiden ini selalu berlaku di projek-projek perumahan. Manakala permukaan yang agak kasar (dekorasi batuan) maka risiko untuk tergelincir sangat rendah.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan risiko ‘tergelincir’ ialah :

  • Pastikan lantai tidak basah atau berminyak atau terdapat apa sahaja kekotoran yang boleh menyebabkan pekerja, pelawat malah orang awam dari tergelincir.
  • Jika menggunakan mesin pengelap, pastikan tiada kebocoran berlaku pada mesin berkenaan.
  • Selepas waktu hujan, pastikan lantai itu dilap sehingga kering, Letakkan papan tanda umpamanya, “Awas, Lantai Licin”.
  • Lakukan ujian semburan ke atas lantai seramik yang dipasang semasa pembinaan tandas rumah atau pejabat untuk memastikan aliran air mengalir ke arah lubang (flange) dan ke longkang. Jika terdapat air terkumpul semasa ujian dijalankan, ini bermakna :
    (a) samada kepingan seramik yang dipasang tidak rata dan perlu dicabut, dipasang kembali dan diuji semula ATAU
    (b) kemungkinan lubang (flange) atau longkang tersumbat

Faktor “Tersandung”

Risiko tersandung semasa berjalan boleh disebabkan oleh :

  • Lantai/Permukaan yang berlubang dan dikotori sampah sarap malah peralatan yang ditinggalkan di atas lantai – contohnya gerudi, hacker dan sebagainya.
  • Lantai/permukaan yang tidak sekata.
  • Kabel yang terdedah dan batang paip yang ada di atas permukaan tanah atau lantai, Akar pokok yang besar yang timbul di permukaan tanah. Ianya boleh berlaku semasa aktiviti penyiasatan dan lawatan tapak atau semasa aktiviti penebangan dan pembersihan kawasan.
  • Lantai yang tidak dilindungi oleh pelapik, alas atau tikar yang kasar.

Faktor-faktor penyumbang lain

Risiko tersandung dan tergelincir juga boleh disebabkan oleh :

  • Aktiviti atau operasi yang melibatkan cerun bukit contohnya aktiviti bersabit pembinaan lebuhraya (semasa penyiasatan tapak, pemasangan dinding penahan.
  • Aktiviti atau operasi yang melibatkan pembinaan mitigasi banjir atau sungai atau laut seperti lencongan sungai, pembinaan jambatan dan sebagainya.
  • Projek pembinaan empangan samada terowong, alur limpah dan sebagainya.
  • Kawasan yang tidak berlampu atau kurang cahaya yang boleh menyebabkan masalah penglihatan,.
  • Ruang kerja yang sempit yang melibatkan ramai orang bekerja di situ,
  • Terlanggar pekerja yang sedang mengangkut barang secara manual.
  • Orang awam yang berusia atau ibu yang berjalan bersama anaknya.
  • Kabel atau wayar yang bocor, rosak atau terdedah logamnya di mana aliran elektrik tengah aktif.

Pemakaian Kasut Keselamatan Yang Sesuai

Pemakaian kasut keselamatan yang sesuai dapat mengelakkan daripada “tergelincir” atau “tersandung” Kasut keselamatan adalah sebahagian daripada peralatan perlindungan diri (PPE).

Apa yang perlu diperhatikan ialah memastikan kasut keselamatan yang dipakai adalah mengikut piawaian PPE: Contohnya mempunyai tanda CE atau lain lain tanda yang diiktiraf:

Membeli kasut keselamatan yang murah dan berkualiti rendah atau memakai kasut kulit semasa melakukan kerja, boleh menyebabkan “tergelincir” atau “tersandung” seperti terpijak paku kejutan elektrik dari kabel yang rosak/ terdedah di lantai/permukaan tapak yang tidak kasar dan lain-lain.

Adalah digalakkan. di samping kasut keselamatan yang betul permukaan atau lantai yang licin (dalam pembinaan) masih perlu diletakkan alas atau pelapik yang kasar dan papan tanda yang sesuai bagi mengurangkan masalah tergelincir atau tersandung:

Pemakaian selipar perlu ditegah sama sekali di tempat kerja terutamanya di sektor pembinaan. Jika pekerja didapati sakit tapak kaki atau bahagian kaki yang menyebabkan terpaksa memakai selipar, pekerja berkenaan mestilah diberikan tugas lain atau diberikan cuti sakit.

Pengajaran

Isu yang sentiasa dibincangkan kebanyakannya cenderung kepada PPE dan Kasut keselamatan. Tetapi kajian jarang dilakukan ke atas aspek “Slips and Trips”

Share your love