Manfaat Ketawa: Tingkat Kesedaran & Keselamatan di Kerja

Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Calgary gemuruh bertepuk tangan apabila Pakar Keselamatan Kerja, Michael Kerr menyebut dalam kata-kata aluannya menyebut bahawa kegirangan dalam suasana bekerja dengan adanya sesi gelak jenaka dan ketawa.

Sesi bergelak-ketawa dan usik-mengusik adalah penawar kepada pekerja yang kurang motivasinya. Pada sesi pembukaan, Micheal Kerr berkata, organisasi dapat menyalurkan tenaga kegembiraan bagi mewujudkan tempat kerja yang disukai oleh kakitangan.

“Sesi ketawa akan meringankan beban psikologi terutamanya semasa bekerja di kawasan kritikal”, kata Kerr.

Katanya lagi, ketawa perlu menjadi sebahagian daripada program kesihatan tempat kerja kerana ianya terbukti dapat menenangkan jiwa dan jasmani pekerja. Contohnya, ketawa akan menyebabkan seseorang itu menaikkan kadar sedutan oksigen yang boleh menyihatkan tubuh badan di samping meringankan stres.

Kerr turut berkongsi satu lagi poin yang menarik:

“Jenaka adalah satu alat komunikasi di mana pekerja akan lebih mengingati maklumat penting dan yang pastinya.”

Beliau mengakhiri bicara dengan mengingatkan para hadirin

“Lagipun ketawa itu percuma, tidak perlu dibayar pun”

Sebelum menutup bicara, Kerr mencabar para hadirin untuk mencuba pendekatan ini di organisasi masing-masing.

“Hanya kerana anda cuba mewujudkan suasana kerja yang selamat dan sihat, tidak bermakna anda tidak boleh bergembira” katanya sambil tersenyum.

Pengajaran

Dalam video di atas adalah Kamarul, seorang pekerja yang saya lantik sebagai Manager (dalam video ni dia berlakon sebagai Dato’ Bahar, karakter yang sangat berlawanan dengan dirinya yang sebenar).

Dia adalah contoh yang sangat positif untuk saya bawa dalam penulisan ini. Dia insan istimewa, melantik dia sebagai Manager untuk monitor dan guide staf-staf yang bermacam ragam adalah antara cabaran besar yang saya ambil di AMIOSH.

Dia menggerakkan syarikat dan Team dengan gayanya yang tersendiri, bersahaja, lucu, dan penuh dengan gelak ketawa, berbeza dengan kebanyakan managers yang pernah saya jumpa. Jarang saya jumpa leader yang berkarakter sepertinya, namun efektif bagi persekitaran kerja di syarikat saya.

Jadi, ketawalah untuk tujuan kebaikan selagi anda mampu. TAPII.. jangan ketawa atas dasar keburukan atau kekurangan orang lain, jika anda ketawa kerana ini pasti balasan buruk menjelang tidak lama lagi. Wallahua’lam

Share your love