Tragedi Jatuh Dari Bumbung Pangsapuri Semasa Bekerja

Mangsa adalah pekerja sebuah projek pangsapuri. Ketika kejadian beliau sedang bekerja di atas bumbung pada ketinggian hampir 7 meter. Dia telah terjatuh apabila terpijak bumbung reput. Meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemungkinan sebab-sebab kejadian jatuh dari tempat tinggi:

  • Tiada prosedur kerja yang selamat semasa berada di tempat tinggi,
  • Pekerja tidak memakai talipinggang dan cangkuk keselamatan semasa melakukan kerja,
  • Kurangnya penyeliaan di kawasan berkenaan,
  • Pekerja tersebut tidak dilatih untuk bekerja di tempat tinggi. Dan kalau dilatih pun, mungkin kali terakhir dia memasuki kursus latihan bekerja di tempat tinggi pada 10 tahun lepas,
  • Dia tidak mendapat Permit to Work untuk bekerja di kawasan berkenaan,
  • Abah-abah keselamatan dan cangkuk yang dipakainya dalam keadaan substandard, iaitu mungkin telah rosak atau tidak mempunyai perakuan keselamatan standard.

Belajar cara-cara nak kerja dengan selamat di tempat tinggi mengikut undang-undang

Siapakah yang bersalah dan kenapa ? Majikan atau pekerja yang bersalah ?

Pengajaran

Dalam kebanyakan kes jatuh dari tempat tinggi, fall from height banyak yang menemui ajal seperti mana statistik yang saya bentang di atas. Orang mati ni senang nak di-kambinghitam-kan sebabnya dia dah mati pasti tak akan melawan. Jadi kita akan letak kesalahan tu atas diri si mati lah. Namun, kebenaran tetap akan terserlah apabila ianya ingi terserlah. 

Senang sahaja, majikan yang ikhlas menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan Safety Personnel yang komited mengurus setiap inci perihal keselamatan dan kesihatan pekerjaan pasti akan terlindung daripada bersalah.

Mereka boleh buktikan dari banyak aspek seperti bajet-bajet safety yang telah dikeluarkan, pembangunan sistem pengurusan KKP, program-program KKP yang telah dijalankan, program kesedaran, dan macam-macam lagi usaha KKP yang baik pasti akan terserlah melalui pengurusan rekod-rekod dan dokumentasi yang baik di sesebuah organisasi dan keadaan di tempat kerja itu sendiri, bak kata pepatah sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Jadi beranilah kerana benar, bukan sebab poket tebal. Wallahua’lam.

Share your love