Dalam dua entri yang lalu saya telah bercerita mengenai insiden di tempat kerja yang menyebabkan kematian. Satu kematian orang awam, satu kematian pekerja. Setelah berlaku apa-apa insiden besar seperti ini, perlu ada tindakan susulan iaitu penyiasatan insiden atau kemalangan yang wajib dijalankan dengan segera mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Nak jalankan penyiasatan secara dalaman pun boleh, nak lantik pihak ketiga pun boleh yang mana difikirkan sesuai oleh pihak syarikat. Apa yang penting laporan yang dikeluarkan mestilah sahih dari aspek teknikaliti dan standard amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana ia mempunyai pemberat di mahkamah nanti.
Yang paling penting, rumusan penyiasatan mestilah membuahkan cadangan-cadangan penambahbaikan yang relevan yang perlu diimplementasikan oleh pihak syarikat supaya kejadian yang sama tak berulang lagi. Jadi, jika resources dalaman tidak ada kepakaran dan kemampuan lebih baik dilantik pihak ketiga untuk jalankan penyiasatan tersebut.
Namun begitu, menurut pengalaman kecil saya terlibat dalam beberapa siri penyiasatan kes-kes kemalangan di tempat kerja, berikut boleh saya kongsi 10 kesalahan yang sering berlaku dalam penyiasatan insiden atau kemalangan:
- Tergopoh-gapah membentuk pasukan penyiasatan dan tidak merancang dengan teliti.
- Borang laporan digunakan sebagai borang penyiasatan.
- Terlalu menumpukan perhatian kepada sebab-sebab (immediate causes) berbanding root causes yang sebenar.
- Terlalu gopoh dalam mencari punca kemalangan atau insiden dan cepat ingin jump to a conclusion sehingga mengabaikan banyak aspek-aspek penyiasatan yang lain.
- Menolak pendapat orang lain yang dirasakan tidak betul atau tidak layak.
- Suka mengagak-agak dengan membuat banyak assumptions yang tidak munasabah.
- Salah guna kuasa oleh pihak atasan.
- Penyiasatan insiden atau kemalangan bertukar menjadi pencarian siapa yang salah berbading di mana salahnya.
- Terus mencari dan menumpukan perhatian kepada yang dianggap sebagai yang tertuduh.
- Membuang si tertuduh dari kerja tanpa bicara, bukti, atau penyiasatan.
Pengajaran
Bertanyalah kepada yang lebih tahu. Walau siapa pun kita, sehebat dan sebijak manapun kita, kita bukannya mahir dan arif tentang semua benda. Begitu juga dalam bab penyiasatan insiden dan kemalangan ini.
Pasukan yang terdiri daripada orang yang berbilang latar belakang kepakaran perlu dibentuk. Saksi yang dipilih juga perlulah menyeluruh tidak kiralah dia tukang sapu, tukang cuci, pomen, pengawal keselamatan, jurutera, dan sesiapa pun asalkan ia membantu penyiasatan dijalankan secara menyeluruh dan seimbang.
Ini yang salah asik-asik pekerja, betul tak ?
