Keselamatan Pekerjaan. Bunyinya seperti amalan kerja yang biasa. Tetapi sebenarnya, kalau kita mengamalkannya dapat membantu melindungi anggota badan daripada mendapat kecederaan.
Malah nyawa juga akan terselamat. Apabila anda mengendalikan mesin dan jentera, bagaimana nampak selamat sekalipun, tindakan berhati-hati haruslah dititikberatkan supaya dapat membantu mencegah dari kemalangan.

1. Tugas Operator
Sebelum memulakan kerja, pastikan:
- Pastikan mesin dan jentera berada dalam keadaan yang selamat semasa penyelenggaraan, kerosakan dan mengalihkan halangan (blockages) atau semasa beroperasi
- Mesin atau jentera yang digunakan tidak ada sebarang kerosakan walaupun kecil, Sentiasa tahu apakah risiko (samada hidraulik, pneumatik, mekanikal, elektrikal) menggunakan mesin dan jentera dengan membaca arahan kerja, notis atau label pengeluar.
- Pastikan terdapat prosedur untuk mengguna dan menyelenggara mesin/jentera.
- Pastikan mana-mana mesin yang tetap kedudukannya (statik), jika ianya terlalu bergetar dan bergoncang, hentikan mesin berkenaan untuk diperiksa.
- Pilih mesin dan jentera yang betul untuk melakukan kerja.
- Pastikan tiada pelanggan atau pelawat yang terdedah kepada risiko.
- Sebarang pengadang perlindungan (safeguards) yang rendah kualitinya boleh menyebabkan kecederaan.
- Pastikan hanya operator yang berpengalaman dan dilatih sahaja menggunakan mesin atau jentera.
2. Tugas Pengeluar dan Pembekal
Sebelum memulakan kerja, pastikan:
- Pastikan pengadang perlindungan (guards) yang betul digunakan untuk mesin atau jentera dan sebarang risiko perlu diberitahu kepada pihak pembeli atau pengguna samada bertulis, label, demonstrasi dan sebagainya.
- Semua pengadang perlindungan mestilah diskru atau menggunakan nat dan sebagainya terutamanya untuk menutup/mengasingkan bahagian dan peralatan yang merbahaya.
- Penggunaan plastik dalam pengadang adalah tidak praktikal dan mudah rosak. Sekiranya anda menggunakan jaring (wire mesh) untuk jentera, pastikan ruangan di jaring tidak terlalu besar untuk mengelakkan akses ke bahagian dan peralatan yang bergerak.
- Sekiranya kerja yang dilakukan melibatkan jarak yang dekat dengan bahagian-bahagian mesin/jentera yang bergerak dan berisiko, mungkin pengadang tetap adalah tidak praktikal. Kaedah alternatif perlu digunakan contohnya sistem interlocking bagi memastikan mesin tidak akan beroperasi selagi pengadang tidak dipasang/ ditutup atau pengadang tidak boleh dibuka semasa mesin sedang beroperasi.
- Jika mesin/jentera menggunakan kawalan/sistem elektronik, pengeluar perlu memaklumkan isu keselamatan dalam menggunakannya. Contohnya, sistem elektronik mungkin memerlukan penyeliaan berterusan, pastikan pengguna mengetahui keperluan menukar giliran dalam jadual kerja dan sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh kakitangan/pekerja kompetan.
3. Operasi Mesin dan Jentera
Sebelum memulakan kerja, pastikan:
- Walaupun pekerja yang menggunakan mesin atau jentera adalah mereka yang berkemahiran dan berpengalaman, penyeliaan masih perlu diberikan terutamanya membabitkan sebarang penaiktarafan mesin/jentera atau versi yang baru.
- Pastikan mereka mempunyai lesen dan kelayakan yang 2 secukupnya untuk mengoperasikan mesin atau jentera.
- Pastikan mesin atau jentera dioperasikan mengikut 3 piawaian, pernyataan kaedah (method statement).
- Pastikan operator memakai PPE yang sesuai dengan jenis 4 dan pengendalian mesin atau jentera.
- Pastikan cahaya lampu mencukupi terutamanya operator 5 bekerja di waktu malam.
70 % dari kemalangan samada kecederaan atau kematian adalah disebabkan penggunaan mesin dan jentera dengan cara yang salah.
Pengajaran
Oleh itu, demi keselamatan… berwaspadalah semasa berkerja. Ia memberi banyak kelebihan untuk masa depan. Ingatlah orang yang tersayang… Jangan sampai “sudah terhantuk baru tergadah”.
FIKIRKAN KESELAMATAN, BEKERJA DENGAN SELAMAT!
