Pecah! Rahsia Besar John Smith Elak Insiden Tempat Kerja

Arahan: Sila baca yang ‘bold‘ sahaja sebab John Smith berada di belakang saya semasa saya menulis e-mail yang pertama.

Awas! Posting ini bersifat sarkastik. Jangan terasa pedas pula yaa.

John Smith, pembantu KKPA, selalu didapati bekerja di kubikelnya. John bekerja sendiri tanpa membazirkan masa syarikat berborak. John tidak pernah berfikir panjang apabila sesiapa meminta tolong , dan dia selalu menghabiskan tugasan tepat pada waktunya.

John sentiasa mengambil banyak masa untuk memast ikan tugasannya terperinci dan selalunya dilihat tidak keluar untuk waktu rehatnya. John adalah seorang individu yang langsung tidak ada dalam fikirannya tentang penghargaan dirinya sahaja walaupun dia telah mencapai tahap yang tinggi dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam KKP.

Tidak ada banyak masalah yang timbul seperti kecederaan, “near miss”, kemalangan maut dan kerosakan aset semasa pengawasannya. Kakitangan KKPA lain pun beranggapan John bukan seorang yang sombong dan tidak pernah lupa berkongsi pengetahuannya. Saya yakin bahawa John dapat dikategorikan sebagai kakitangan berkalibar, yang mana tidak boleh dibuang begitu sahaja.

Oleh itu , saya ingin mengesyorkan arahan John dinaikkan pangkat ke tahap pengurusan eksekutif dan cadangan untuk kerja baru ini perlu dilaksanakan seberapa segera.

Yang benar,
Pengurus Projek

Pengajaran

Sebuah penelitian menyatakan bahawa unsafe act, unsafe condition, dan near miss harus dicegah agar tidak terjadi kecelakaan kerja yang mampu mengakibatkan sejumlah kerugian. Melaporkan dan memperbaiki akar penyebab kejadian near miss dapat meminimalkan atau bahkan menghilangkan terjadinya cedera dan kecelakaan kerja.



Share your love