Pengurusan bunyi bising yang berkesan adalah kunci bagi mencegah kerosakan pendengaran kekal dan menjamin kesejahteraan pekerja di tempat kerja. Pihak JKKP telah menetapkan satu panduan dalam dokumen Industry Code of Practice for Management of Occupational Noise Exposure and Hearing Conservation.

Adakah anda mempunyai masalah tahap kebisingan yang tidak terkawal?
Setiap sektor mempunyai tahap kebisingan sendiri contohnya pembinaan, pemusnahan struktur, pembaikian jalan, sektor perkayuan, tekstil, perkilangan dan sebagainya.
Antara jenis bunyi yang bising adalah berbentuk hentakan, pukulan, geseran, dan letupan.
Ini bergantung kepada :
- Tahap kebisingan berkenaan (tinggi atau rendah)?
- Bagaimana dan berapa lamakah pekerja terdedah kepadanya?
- Sektor mana yang anda sedang bekerja?
Mengenal Tahap Kebisingan
- Adakah kebisingan itu mengganggu? : Buat tinjauan dalaman dan orang awam berdekatan untuk mendapat maklumbalas dan lakukan analisa.
- Adakah Pekerja Anda Perlu Menjerit Dengan Kuat di tempat kerja yang bising? : Kenalpasti tempat kerja berkenaan dan punca kebisingan.
- Adakah Pekerja Anda Menggunakan Peralatan kuasa dan mesin melebihi setengah jam setiap hari? : Kenalpasti jenis mesin berkenaan dan tempoh penggunaannya setiap hari.
Ukuran Kebisingan
Kebisingan diukur dalam unit desibel, dB. Tahap pendedahan dinilai berdasarkan paras pendedahan bising harian, LEX,8h, serta tekanan bunyi puncak (peak sound pressure).
Nilai tindakan pendedahan rendah ialah 80 dB(A) bagi pendedahan harian dan 135 dB(C) bagi bunyi puncak. Nilai tindakan pendedahan tinggi ialah 85 dB(A) bagi pendedahan harian dan 137 dB(C) bagi bunyi puncak.
Had pendedahan bising ialah 87 dB(A) bagi pendedahan harian dan 140 dB(C) bagi bunyi puncak. Pematuhan kepada had ini mengambil kira keberkesanan alat perlindungan pendengaran yang dipakai oleh pekerja.
Tindakan
Buat penilaian risiko bagi mengenalpasti siapakah yang terdedah kepada risiko bunyi bising dan mengapa individu terbabit terdedah kepada bunyi bising. Kemudian ukur tahap bunyi bising harian dan kemuncak yang perlu dilalui oleh pekerja.
Rujuksilang kepada undang-undang seperti kawalan kebisingan, langkah-langkah yang perlu diambil, PPE yang diperlukan dan juga pemantauan kesihatan pekerja yang bekerja di tempat yang bising
Gunakan data-data ini dan jalankan analisa bagi menentukan :
- Bagaimana pekerja bekerja di tempat yang bising dan variasinya dari hari ke hari.
- Bandingkan data dan analisa berkenaan dengan lain-lain industri yang mirip.
- Rekodkan hasil keputusan analisa risiko dan wujudkan satu pelan tindakan yang merangkumi bagaimana anda ingin mematuhi kehendak perundangan dan juga apa yang telah adan akan dilakukan untuk mencegahnya atau mengurangkannya.
Mengawal Risiko Kebisingan
Di mana sahaja terdapat risiko kebisingan, anda perlu mencari jalan; selagi praktikal; untuk mengawal dan meminimakannya, menjadikannya amalan yang baik dan mengikut kehendak piawaian tahap kebisingan (mengikut jenis industri).
Apabila pendedahan berpotensi mencapai nilai pendedahan yang tinggi, jangan tunggu ianya melebihi had, jadikan penilaian, mitigasi dan kawalan risiko tahap kebisingan sebagai sebahagian dari program KKPA anda. Perkara ini perlu diketengahkan dalam mesyuarat bersama pihak pengurusan.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengurangkan tahap kebisingan dan pendedahan terhadapnya.
Fikirkan bagaimana untuk menghilangkan bunyi bising.
Jika ini tidak dapat dilakukan (mungkin kerana bunyi bising itu tidak dapat dielakkan – contohnya : Sektor pembinaan yang melibatkan hentakan piling) maka perlu mengawal bunyi bising terus pada sumbernya dan juga tindakan perlu diambil untuk melindungi pekerja menerusi :
- Penggunaan peralatan, mesin, jentera yang lebih senyap bunyinya.
- Kawalan kejuruteraan seperti meletakkan ‘silencer’ pada ekzos angin dan nozel peniup.
- Memperbaiki laluan bunyi kebisingan contohnya dirikan dinding berdekatan dengan sumber bunyi atau dirikan/ pasangkan panel penyerap bunyi seperti yang diletakkan berdekatan lebuhraya.
- Rekabentuk bahan contohnya ‘open cell foam’ dan ‘mineral wool’ mampu mengurangkan bunyi berdengung di dalam bangunan.
Panduan di muka seterusnya dapat digunakan bagi mengurangkan lagi tahap kebisingan dan pendedahan terhadapnya :
- Kurangkan tempoh kerja di kawasan yang bising – ini memerlukan penjadualan pekerja.
- Menggunakan peralatan perlindungan telinga seperti ‘ear muffs/ear plugs’ yang sepatutnya wajib dibekalkan oleh majikan apabila bekerja di tempat yang bising.
- Tetapkan Zon Wajib memakai plag atau maf telinga menerusi arahan lisan, pemantauan berterusan dan papan-papan tanda yang jelas.
- Latihan/Induksi KKPA untuk pekerja mengenai cara menggunakan dan menjaga perlindungan telinga.
- Pastikan perlindungan telinga mampu mencapai paras bawah 85dB.
- Tidak memberikan perlindungan telinga sehingga tidak dapat mendengar langsung kerana ini mungkin akan menyebabkan arahan lain tidak difahami.
- Pantau keadaan dan kesihatan pekerja semasa memakainya kerana kemungkinan, cara pemakaian yang salah menyebabkan pekerja terlucut perlindungan telinganya dan bunyi bising kemuncak mungkin boleh menyebabkan masalah pendengaran.
Pengajaran
Tahukah anda kombinasi antara pendedahan terlalu lama kepada bunyi bising atau bunyi kemuncak melebih 85dB boleh menyebabkan pekerja anda menjadi PEKAK.
